Tarikh : 08 Januari 2026
Masa : 11.30 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dalam kalangan surirumah serta membuka ruang perbincangan yang jujur dan empati mengenai isu burnout yang sering tidak disedari.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung melalui sesi perbualan santai dan bermakna bersama Puan X, seorang surirumah, yang berkongsi pengalaman sebenar berkaitan tanda-tanda burnout yang sering diabaikan, punca surirumah lebih berisiko mengalami stres senyap, serta langkah awal menjaga kesihatan mental tanpa rasa bersalah. Melalui perkongsian ini, peserta memperoleh kefahaman yang lebih mendalam, rasa dihargai dan disokong, serta kesedaran bahawa kesejahteraan emosi surirumah adalah penting dan perlu diberi perhatian dalam kehidupan seharian.