Tarikh : 06 November 2025
Masa : 3.30 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya ketagihan pornografi yang sering dianggap remeh.
Aktiviti
Melalui perkongsian oleh Dr. Khadijah Hasanah, perbincangan ini membongkar kesan sebenar ketagihan terhadap fungsi otak, kestabilan emosi dan hubungan peribadi, selain menekankan mengapa isu ini tidak seharusnya dinormalisasikan. Perkongsian ini diharap dapat membuka mata pendengar untuk lebih peka terhadap tanda-tanda ketagihan serta mengambil langkah awal bagi menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri secara menyeluruh.