Tarikh : 18 Disember 2025
Masa : 11.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam mengenai keselamatan air serta kaedah menyelamatkan mangsa lemas tanpa membahayakan diri sendiri.
Aktiviti
Sepanjang sesi podcast berlangsung, peserta didedahkan kepada teknik penyelamatan yang mudah dan praktikal, penerangan tentang pendekatan logik dalam situasi kecemasan serta perkongsian kesilapan biasa yang sering berlaku apabila orang ramai bertindak dalam keadaan panik. Pengisian ini memberi kelebihan kepada peserta untuk memahami risiko sebenar, membuat keputusan yang lebih selamat dan bertindak dengan lebih yakin sekiranya berdepan situasi kecemasan di air.