Tarikh : 04 November 2025
Masa : 9.30 – 10.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita tentang kepentingan memilih saiz bra yang sesuai bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Kandungan ini turut bertujuan memberi pendedahan mengenai kesan pemakaian bra yang tidak tepat terhadap postur badan, keselesaan harian serta risiko masalah kesihatan seperti sakit belakang dan migrain.
Aktiviti
Dalam video pendek ini, dikongsikan maklumat berguna mengenai cara mengenal pasti saiz bra yang betul dan langkah-langkah mengelakkan ketegangan otot akibat pemakaian yang tidak sesuai. Perkongsian ini diharap dapat membantu wanita lebih peka terhadap aspek penjagaan diri dan kesihatan fizikal melalui pemilihan pakaian dalam yang tepat.