Tarikh : 04 Disember 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Telah berjaya dilaksanakan dengan objektif memberi ruang kesedaran dan kefahaman terhadap kepelbagaian pengalaman individu yang sering tidak disedari dalam masyarakat. Program ini dirangka bagi membuka minda peserta tentang kepentingan empati, komunikasi berkesan dan kepekaan terhadap suara-suara yang jarang didengari.
Aktiviti
Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan kepada perkongsian pengalaman, perspektif sebenar serta perbincangan yang menekankan kepentingan mendengar dengan memahami, bukan sekadar mendengar untuk memberi respon. Pengisian ini memberi kelebihan kepada peserta untuk membina sikap lebih prihatin, menghargai perbezaan serta memperkukuh hubungan sosial dan emosi dalam komuniti.