mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Video Pendek Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2025 | “Ubah Tanggapan, Bina Harapan”

Tarikh   : 08 September 2025

Masa    : 4.30 – 4.45 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Tema ini memberi fokus kepada usaha mengubah persepsi masyarakat bahawa tingkah laku bunuh diri bukan tanda kelemahan, tetapi isyarat bahawa seseorang sedang bergelut dan memerlukan sokongan. Melalui video ini, penonton didedahkan kepada tiga cara mudah bagaimana kita boleh membantu mereka yang sedang melalui saat sukar: dengar tanpa menghakimi , ajak mereka bercakap & luahkan, serta menawarkan sokongan profesional.

Aktiviti

Langkah ini penting bagi menunjukkan empati, menghentikan stigma, dan memberi ruang kepada mereka yang memerlukan untuk mendapat harapan baharu. Bunuh diri boleh dicegah, dan dengan keprihatinan serta sokongan kita bersama, lebih ramai individu mampu melihat sinar harapan walaupun sedang berjuang dalam diam. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada peserta dan komuniti.

Gambar di sini