Tarikh : 16 Mei 2025
Masa : 10.30 am – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Bertujuan untuk memberikan kesedaran mendalam kepada komuniti mengenai bahaya tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan potensi komplikasi kecemasan yang boleh berlaku, seperti strok, serangan jantung, atau kegagalan organ. Webinar ini juga bertujuan memperkasa peserta dengan pengetahuan tentang tanda-tanda amaran, langkah pencegahan, serta tindakan pantas yang perlu diambil apabila tekanan darah meningkat secara mendadak.
Aktiviti
Webinar “Darah Tinggi & Kecemasan: Apa Jadi Bila Tekanan Meletup?” anjuran NADI X Wellbeing di bawah program (CARE) telah berjaya dilangsungkan sempena sambutan World Hypertension Day. Program ini mendapat sambutan hangat daripada para peserta yang ingin memahami dengan lebih mendalam kaitan antara tekanan darah tinggi dan kecemasan, serta kesan serius apabila tekanan emosi dan fizikal tidak dikawal dengan baik. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada tanda-tanda awal tekanan darah yang meningkat secara mendadak, serta strategi pengurusan yang menyeluruh merangkumi aspek perubatan dan kesejahteraan emosi. Penganjuran webinar ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pemantauan kesihatan jantung dan pengendalian stres secara bijak. Terima kasih kepada semua yang telah turut serta dan menyokong usaha memperkasa kesihatan kendiri bersama NADI X Wellbeing.