Tarikh : 03 Julai 2025
Masa : 10.30-11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama sesi ini adalah untuk memberi pencerahan kepada komuniti mengenai perbezaan antara doktor pergigian umum dan pakar pergigian, agar masyarakat lebih bijak dalam membuat keputusan rawatan.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada skop rawatan seorang “dentist”, kelayakan yang diperlukan untuk bergelar pakar pergigian di Malaysia, serta panduan mengenal pasti bila seseorang perlu dirujuk kepada pakar. Penerangan ini sangat penting bagi mengelakkan kesilapan dalam mendapatkan rawatan yang tidak sesuai dengan keperluan kesihatan gigi masing-masing. Terima kasih kepada peserta yang mengikuti webinar ini, semoga ilmu yang diperoleh dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat dalam penjagaan kesihatan pergigian!