Tarikh : 16 Oktober 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan kesihatan usus sebagai asas kepada kesejahteraan tubuh badan secara keseluruhan. Program ini juga bertujuan memberi kefahaman mengenai bagaimana gaya hidup dan pemakanan harian mempengaruhi fungsi sistem penghadaman.
Aktiviti
Sepanjang sesi, Dr. Rashida Safiuddin berkongsi penerangan mengenai tanda-tanda awal masalah usus seperti perut kembung, keletihan dan perubahan emosi, serta langkah-langkah penjagaan usus yang betul. Peserta turut didedahkan kepada amalan pemakanan seimbang dan tip praktikal bagi mengekalkan kesihatan usus untuk meningkatkan tenaga dan kestabilan emosi.