Tarikh : 07 Oktober 2025
Masa : 10.30 – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibu-ibu serta ahli keluarga mengenai risiko tekanan darah tinggi semasa kehamilan, kepentingan pengesanan awal, serta langkah pencegahan dan rawatan yang selamat.
Aktiviti
Dalam sesi ini, peserta memahami dengan lebih jelas mengapa tekanan darah tinggi boleh berlaku semasa hamil, mengenal pasti tanda-tanda awal yang perlu diberi perhatian, serta mempelajari cara kawalan dan rawatan yang sesuai bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa terpelihara. Selain itu, Dr. Nurul Nazihah turut berkongsi panduan berharga tentang peranan pasangan dan ahli keluarga dalam menyokong ibu agar melalui kehamilan dengan lebih tenang dan selamat.