Tarikh : 24 Jun 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman mendalam kepada komuniti mengenai isu insomnia dari perspektif psikiatri, serta bagaimana ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan kualiti hidup seseorang.
Aktiviti
Sesi ini bukan sahaja menampilkan kupasan profesional berkaitan punca dan kesan insomnia, malah turut mengetengahkan perkongsian jujur daripada peserta mengenai pengalaman peribadi mereka yang bergelut dengan gangguan tidur ini. Perbincangan terbuka ini telah membuka ruang kesedaran dan empati dalam kalangan komuniti, di samping memberi panduan awal untuk mendapatkan bantuan profesional jika perlu.