Tarikh : 04 November 2025
Masa : 910.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai punca sebenar penyakit kencing manis serta kepentingan pencegahan awal melalui gaya hidup sihat. Program ini turut bertujuan membantu peserta memahami bahawa faktor penyebab diabetes bukan hanya berpunca daripada pengambilan makanan manis, tetapi juga melibatkan gaya pemakanan, tahap aktiviti fizikal dan faktor genetik.
Aktiviti
Sepanjang sesi, Dr. Shafiqah berkongsi maklumat penting tentang tanda-tanda awal kencing manis, kaedah pengawalan kadar gula dalam darah, serta langkah-langkah pencegahan melalui pemakanan seimbang dan senaman berkala. Perkongsian ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami cara mengawal penyakit dengan lebih berkesan dan mencegah komplikasi jangka panjang.