Tarikh : 12 Ogos 2025
Masa : 4.30 – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk membuka ruang pemahaman terhadap rawatan alternatif yang tersedia selain pembedahan, termasuk kaedah rawatan konservatif, gaya hidup sihat, dan intervensi perubatan moden yang mesra pesakit.
Aktiviti
Sesi ini memberi pencerahan yang amat berguna kepada peserta tentang punca sebenar sakit lutut, khususnya dalam kalangan warga emas dan individu yang mengalami kesukaran untuk melakukan ibadah seperti solat. Peserta turut didedahkan kepada langkah pencegahan awal, cara mengurangkan tekanan pada sendi lutut, serta teknik penjagaan harian yang boleh diamalkan bagi meningkatkan kualiti hidup tanpa perlu melalui prosedur invasif.