Tarikh : 09 Januari 2026
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang keseimbangan antara aktiviti gaming dan perkembangan diri dalam kehidupan sebenar, khususnya dari aspek kesejahteraan mental dan kemahiran hidup.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan pengisian yang membincangkan apa yang berlaku dalam otak ketika aktiviti gaming, bagaimana tabiat bermain permainan digital mempengaruhi emosi dan motivasi, serta cara menukar kemahiran yang dipelajari dalam permainan seperti fokus, strategi, pengurusan masa dan kerja berpasukan kepada kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Melalui sesi ini, peserta memperoleh perspektif baharu tentang penggunaan game secara lebih seimbang dan bermakna, seterusnya membantu mereka membuat pilihan yang lebih sihat untuk perkembangan diri dan kesejahteraan mental.