Tarikh : 02 Disember 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap risiko banjir, memahami langkah kecemasan yang betul, serta memastikan setiap individu dan keluarga lebih bersedia dari aspek keselamatan, dokumen penting, keperluan asas dan pelan pemindahan.
Aktiviti
Program ini turut menekankan kepentingan pengetahuan bencana supaya komuniti dapat bertindak dengan cepat dan teratur ketika kecemasan. Webinar ini memberi kelebihan kepada peserta melalui panduan praktikal yang boleh terus diamalkan, perkongsian senario sebenar operasi penyelamatan, serta tips persediaan kit bencana yang sering diabaikan. Terima kasih kepada semua peserta yang turut serta.