Tarikh : 06 Januari 2026
Masa : 10.30 am – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja perempuan mengenai kepentingan penjagaan diri, penampilan dan kesihatan secara selamat serta bertanggungjawab. Webinar ini dirangka bagi membantu peserta membuat pilihan yang bijak berkaitan trend kecantikan dan gaya hidup tanpa menjejaskan kesejahteraan fizikal dan emosi.
Aktiviti
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan kepada pengisian berkaitan konsep glow-up yang sihat, amalan penjagaan diri yang selamat, serta risiko dan kesan jangka panjang jika tersalah memilih rawatan atau produk kecantikan. Perkongsian ini turut memberi panduan praktikal bagi membina keyakinan diri, menghargai keunikan diri sendiri dan memahami bahawa kecantikan sebenar bermula daripada kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.