Tarikh : 27 Mei 2025
Masa : 10.30 – 11.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama sesi ini adalah untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang kaitan antara buasir dan obesiti, serta bila pembedahan menjadi pilihan rawatan yang sesuai.
Aktiviti
Webinar ini telah berlangsung dengan penuh manfaat, membincangkan isu kesihatan yang sering dipandang remeh – buasir, khususnya dalam kalangan individu yang mengalami obesiti tegar. Dalam sesi ini, peserta telah didedahkan kepada pelbagai informasi penting seperti siapa yang benar-benar memerlukan pembedahan buasir, kenapa pesakit obes lebih cenderung mengalami buasir kronik, serta langkah persediaan sebelum dan selepas pembedahan. Kupasan turut merangkumi mitos dan fakta yang sering mengelirukan masyarakat mengenai rawatan buasir.
Sesi ini terbuka dan amat bermanfaat bukan sahaja kepada pesakit, tetapi juga penjaga dan orang awam yang ingin lebih peka terhadap penjagaan kesihatan usus dan gaya hidup.