Tarikh : 10 Februari 2026
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang cara pengambilan ubat yang betul semasa berpuasa bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan rawatan tidak terjejas.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan perkongsian bermanfaat bersama Siti Norshafiqah binti Mustafa, seorang ahli farmasi, yang menerangkan panduan pengambilan ubat ketika berpuasa, masa sesuai mengambil ubat, serta kesilapan biasa yang perlu dielakkan. Melalui webinar ini, peserta memperoleh pengetahuan yang lebih jelas dan tepat, seterusnya dapat mengamalkan pengambilan ubat secara selamat dan berdisiplin sepanjang tempoh berpuasa demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.