Tarikh : 16 Julai 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan mendapatkan diagnosis awal bagi anak-anak yang menunjukkan tanda-tanda spektrum autisme.
Aktiviti
Dr. Zasmani telah berkongsi pandangan profesional serta menjawab kekeliruan umum tentang stigma ‘melabelkan’ anak, dengan menekankan bahawa diagnosis bukanlah satu penghukuman, tetapi satu langkah penting untuk mendapatkan sokongan awal, intervensi yang sesuai dan pelan pembangunan jangka panjang yang lebih baik untuk anak. Peserta webinar mendapat manfaat melalui penerangan yang jelas, penuh empati, dan berdasarkan bukti klinikal yang membantu membetulkan salah tanggapan terhadap autisme.