mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Webinar Sihat Ramadan – Iftar & Sahur Lebih Bijak

Tarikh   : 24 Februari 2026

Masa    : 10.00 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan pemakanan yang lebih sihat dan bijak semasa waktu iftar dan sahur bagi menyokong kesihatan tubuh sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti

Webinar ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pemilihan menu seimbang, kawalan kuantiti makanan, pengambilan nutrien yang mencukupi, serta pengurusan hidrasi yang betul ketika berbuka dan bersahur. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan perancangan pemakanan yang baik, seterusnya membantu mereka mengekalkan tahap tenaga, mengelakkan masalah pencernaan, dan menjalani ibadah puasa dengan lebih sihat, selesa, dan berkualiti.

Gambar di sini