mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Webinar Sunat Masa Cuti Sekolah: Tips Healing Cepat & Sakit Minimum! | Dr Mohd Shafiz Bin Mohd Zaini , Medical Director

Tarikh   : 09 Disember 2025

Masa    : 9.30 pagi – 10.30 pagi

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada ibu bapa serta penjaga mengenai prosedur sunat yang selamat, selesa dan berkesan, khususnya apabila dilakukan semasa cuti sekolah. Ia juga bertujuan meningkatkan kefahaman tentang penjagaan selepas sunat, langkah mengurangkan kesakitan serta mempercepatkan proses penyembuhan demi memastikan kesejahteraan kanak-kanak sepanjang tempoh pemulihan.

Aktiviti

Telah berjaya berlangsung dengan memberikan pendedahan penting kepada para ibu bapa dan peserta mengenai persediaan terbaik sebelum prosedur berkhatan. Webinar ini turut menghuraikan teknik penjagaan selepas berkhatan untuk mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan rasa sakit, serta langkah-langkah praktikal bagi mengelakkan komplikasi. Melalui sesi penerangan dan soal jawab bersama pakar, peserta memperoleh pemahaman yang lebih jelas dan yakin dalam menguruskan proses berkhatan ketika musim cuti sekolah.

Gambar di sini