mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Webinar ‘Tekanan Darah Tinggi & Terapi Pertuturan : Bagaimana Terapi Bantu Selepas Strok & Komplikasi NCD?’

Tarikh   : 23 Mei 2025

Masa    : 10.30 – 11.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Wanita

Tujuan

Tujuan NADI X Wellbeing : (CARE) Webinar ‘Tekanan Darah Tinggi & Terapi Pertuturan: Bagaimana Terapi Bantu Selepas Strok & Komplikasi NCD?’ adalah untuk memberikan pencerahan kepada komuniti tentang peranan penting terapi pertuturan dalam proses pemulihan selepas strok, terutamanya yang berpunca daripada tekanan darah tinggi dan komplikasi penyakit tidak berjangkit (NCD). Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesan jangka panjang tekanan darah tinggi terhadap fungsi pertuturan dan komunikasi, serta bagaimana intervensi awal melalui terapi pertuturan dapat membantu individu mendapatkan semula keupayaan untuk berkomunikasi secara berkesan. Selain itu, peserta didedahkan kepada sokongan dan strategi pemulihan yang praktikal untuk penjaga dan ahli keluarga, selari dengan usaha membina komuniti yang lebih prihatin dan berpengetahuan dalam menghadapi cabaran pasca-strok.

Aktiviti

Webinar “Tekanan Darah Tinggi & Terapi Pertuturan: Bagaimana Terapi Bantu Selepas Strok & Komplikasi NCD?” anjuran NADI X Wellbeing di bawah inisiatif (CARE) telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Sesi ini memberi fokus kepada peranan terapi pertuturan dalam proses pemulihan selepas serangan strok dan komplikasi penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi. Para peserta didedahkan kepada kesan strok terhadap kemampuan pertuturan dan komunikasi, serta bagaimana intervensi awal melalui terapi pertuturan dapat membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit. Melalui perkongsian profesional, peserta memperoleh kefahaman yang lebih jelas tentang pentingnya sokongan multidisiplin dalam rawatan dan pemulihan pesakit NCD. Terima kasih kepada semua yang hadir semoga kesedaran ini membuka ruang kepada lebih ramai untuk mendapatkan rawatan yang tepat dan menyeluruh.

Gambar di sini