Tarikh : 18 April 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas (Live dari Studio NADI Mahir)
Peserta : Wanita
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kesihatan reproduktif kepada wanita, khususnya berkaitan dengan isu-isu yang sering timbul mengenai kitaran haid.
Aktiviti
Telah menampilkan Dr Zainab Hananah, Pakar Sakit Puan dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM, sebagai penceramah jemputan. Dr Zainab telah berkongsi maklumat penting mengenai perubahan normal dan tidak normal dalam kitaran haid, tanda-tanda yang perlu diberi perhatian, serta kepentingan memahami tubuh badan sendiri sebagai langkah awal dalam menjaga kesihatan wanita secara menyeluruh. Program ini memberi ruang kepada peserta untuk bertanya soalan secara langsung dan mendapatkan jawapan terus daripada pakar, sekaligus memperkasakan wanita dengan ilmu yang sahih dan relevan.