Tarikh : 04 Julai 2025
Masa : 10.30-11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini bertujuan memberi pencerahan tentang kepentingan perancangan keluarga sebagai satu bentuk tanggungjawab, bukan penghalang rezeki.
Aktiviti
Peserta didedahkan kepada pelbagai jenis kontraseptif wanita dan cara ia berfungsi, serta diberikan penjelasan tentang mitos dan fakta yang sering mengelirukan masyarakat. Lebih penting, sesi ini membantu para peserta memahami bagaimana membuat keputusan yang tepat dan bersesuaian mengikut keperluan diri serta keluarga masing-masing. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan membuka ruang kepada perbincangan sihat tentang kesihatan reproduktif wanita dalam komuniti.