Tarikh : 15 Disember 2024
Masa : 10.45 am – 1.00 pm
Tempat : SK Seri Inas
Peserta : Terbuka kepada orang ramai
Tujuan
Program Kaunter Aktiviti dan Saringan Kesihatan bersama warga SK Seri Inas diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Program ini menyediakan pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, indeks jisim badan (BMI), dan ujian kesihatan umum untuk memastikan tahap kesihatan peserta berada dalam keadaan baik.
Aktiviti
Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif turut dijalankan bagi memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat serta kepentingan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, tetapi juga kepada guru dan staf sekolah dalam memahami langkah-langkah penjagaan kesihatan yang lebih baik. Dengan adanya sesi ini, diharapkan kesedaran terhadap kesihatan dapat dipertingkatkan serta menggalakkan warga sekolah untuk mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan.