mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (MenWELL) Webinar “Kontraseptif Lelaki: Antara Ilmu, Ego & Kesedaran” | Dr Mohamad Fairuz Mohamad Sharin Pakar Urologi, UPM

Tarikh   : 20 Jun 2025

Masa    : 10.30 – 11.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Komuniti

Tujuan

Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat, khususnya golongan lelaki, tentang pilihan kontraseptif yang ada termasuk kaedah seperti vasektomi serta bagaimana ia berkait rapat dengan tanggungjawab bersama dalam perancangan keluarga.

Aktiviti

Antara intipati penting yang dikupas termasuklah jenis-jenis kontraseptif lelaki yang sah dan selamat, pembetulan terhadap pelbagai mitos yang sering disalah faham, serta perbincangan menyentuh sensitiviti budaya, pandangan agama dan tahap kesediaan lelaki di Malaysia terhadap isu ini. Kelebihan program ini bukan sahaja pada penyampaian ilmu yang jelas dan berfakta, tetapi juga dalam membuka ruang dialog yang matang tentang tanggungjawab kesihatan reproduktif secara inklusif.

Gambar di sini