Tarikh : 08 Ogos 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Belia
Tujuan
Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko pengambilan gula berlebihan dalam kalangan lelaki, serta membongkar kaitan antara gaya hidup maskulin dan kesihatan metabolik.
Aktiviti
Para peserta telah mendapat pendedahan tentang mengapa lelaki lebih terdedah kepada penyakit seperti diabetes dan masalah jantung, serta langkah-langkah pencegahan awal yang praktikal dan realistik untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai sesi ini secara langsung.