Tarikh : 15 Ogos 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memberi panduan sebenar kepada mereka yang ingin berhenti merokok, bukan sekadar melalui ceramah, tetapi dengan langkah praktikal dan sokongan farmasi yang lebih dekat dengan realiti kehidupan seharian.
Aktiviti
Berbeza daripada ceramah biasa, sesi ini memberi tumpuan kepada cara praktikal dan berkesan untuk berhenti merokok melalui bantuan profesional di farmasi komuniti serta program sokongan seperti mQuit. Para peserta didedahkan kepada kaedah yang terbukti secara saintifik, termasuk penggunaan produk bantuan berhenti merokok, pemantauan berkala dan sokongan psikososial. Sesi ini membuka ruang untuk bertanya terus kepada pakar, sekaligus membantu mereka yang serius mahu berubah tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. Terima kasih kepada semua yang hadir – ingatlah, berhenti merokok bukan sekadar niat, tapi langkah demi langkah dengan bimbingan yang betul