Tarikh : 22 Ogos 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Lelaki/Belia
Tujuan
Objektif utama webinar ini adalah untuk memberi pemahaman yang jelas tentang kesan sebenar rokok dan vape terhadap kesihatan, serta memperkenalkan strategi dan sokongan yang berkesan untuk mereka yang ingin berhenti.
Aktiviti
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari USIM, telah memberikan pendedahan yang sangat bermakna mengenai isu ketagihan rokok dan vape yang semakin membimbangkan, khususnya dalam kalangan belia. Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman klinikal Dr. Nizam, peserta dapat menilai semula tabiat mereka dan memahami bahawa proses untuk keluar dari ketagihan bukanlah mustahil, asalkan ada ilmu, sokongan dan kemahuan. Terima kasih kepada semua yang menyertai