mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : Podcast Tari Raya Sweat bersama Coach Amirah | Cardio Ringan Burn Kalori Rendang & Ketupat!

Tarikh   : 13 April 2025

Masa    : 10.00 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas (Live dari Studio NADI Mahir)

Peserta : Wanita

Tujuan

Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk kekal aktif dan membakar kalori sambil menikmati muzik raya yang ceria.

Aktiviti

Program ‘Tari Raya Sweat’ yang dikendalikan oleh Coach Amirah menawarkan senaman low-impact cardio yang sangat menyeronokkan dan mudah diikuti, walaupun dalam suasana raya. Dengan langkah-langkah senaman yang ringan, peserta diajak untuk membakar kalori dari rendang, ketupat, dan kuih raya dengan cara yang santai dan penuh kegembiraan.

Yang menariknya, Coach Amirah melakukan senaman ini sambil memakai baju raya, menunjukkan bahawa kita tidak perlu alasan untuk kekal aktif walaupun sedang beraya. Program ini bukan sahaja menyegarkan tubuh tetapi juga mengingatkan kita untuk menjaga kesihatan dengan cara yang seronok, walaupun di tengah-tengah kemeriahan perayaan.

Gambar di sini