mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : Saringan Kesihatan Percuma di Masjid Nurul Iman

Tarikh   : 14 November 2025

Masa    : 11.00 Pagi – 4.00 Petang

Tempat : Masjid Nurul Iman, Kampung Besah

Peserta : Terbuka

Tujuan

Kaunter pemeriksaan dibuka untuk lelaki dan wanita tanpa mengira peringkat usia, bertujuan memberikan akses awal kepada saringan kesihatan asas serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Objektif utama program ini adalah untuk membantu komuniti mengesan tanda awal masalah kesihatan, meningkatkan pengetahuan mengenai status kesihatan masing-masing serta menggalakkan tindakan pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Aktiviti

Program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran NADI X Wellbeing telah berjaya dilaksanakan di Masjid Nurul Iman, Kampung Besah dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada komuniti setempat. Melalui pemeriksaan seperti tekanan darah, paras gula, BMI dan nasihat kesihatan, peserta mendapat manfaat dalam memahami risiko kesihatan mereka dengan lebih jelas. Terima kasih kepada semua penduduk Kampung Besah yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini memberi impak besar kepada kesejahteraan komuniti.

Gambar di sini