mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : Saringan Kesihatan Percuma Julai 2025 (2)

Tarikh   : 09 Julai 2025

Masa    : 12.00 – 1.00 tengah hari

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan berterusan serta menggalakkan pengesanan awal terhadap potensi masalah kesihatan.

Aktiviti

Program Saringan Kesihatan Percuma anjuran NADI X Wellbeing ini dilaksanakan bagi membolehkan komuniti memantau tahap kesihatan mereka secara berkala dan proaktif.

Melalui program ini, peserta diberikan akses kepada saringan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, dan pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI). Diharapkan program ini dapat membantu individu mengambil langkah awal dalam menilai tahap kesihatan mereka serta memperbaiki gaya hidup ke arah yang lebih sihat dan seimbang.

Gambar di sini