Tarikh : 08 Ogos 2025
Masa : 9.00 – 11.00 pagi
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Peserta Mobile Legend
Tujuan
Program ini bertujuan untuk membuka ruang kepada golongan belia, khususnya komuniti e-sukan, untuk lebih peka terhadap tahap kesihatan diri melalui saringan asas secara percuma.
Aktiviti
Para peserta telah menjalani pemeriksaan seperti tekanan darah, tahap gula dalam darah, dan Indeks Jisim Badan (BMI) sebagai langkah awal dalam mengenalpasti risiko kesihatan yang mungkin tersembunyi. Inisiatif ini bukan sahaja menyemai kesedaran, tetapi juga menggalakkan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan pemain e-sukan yang sering terdedah kepada gaya hidup sedentari.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menyokong inisiatif ini