mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : Saringan Kesihatan Percuma – Pantau Tahap Kesihatan Lepas Raya

Tarikh   : 14 April 2025

Masa    : 10.00 pm – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan berterusan, khususnya selepas tempoh perayaan yang biasanya dipenuhi dengan hidangan berlemak, manis dan tidak seimbang.

Aktiviti

Program Saringan Kesihatan Percuma anjuran NADI X Wellbeing ini dilaksanakan bagi membolehkan komuniti memantau tahap kesihatan mereka selepas menyambut perayaan Aidilfitri.

Antara saringan yang disediakan termasuk pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, dan indeks jisim badan (BMI). Program ini diharapkan dapat membantu peserta mengambil langkah awal untuk menilai dan memperbaiki gaya hidup serta kesihatan mereka secara keseluruhan.

Gambar di sini