mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : Saringan Kesihatan Percuma sempena Ceramah Khas Scammer

Tarikh   : 20 Julai 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 pm

Tempat : Surau Taman Tanjung Puteri, Kuala Ketil

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan keselamatan kewangan dalam kehidupan seharian.

Aktiviti

NADI telah dijemput khas bagi menjalankan saringan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, dan pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI), manakala ceramah khas telah disampaikan oleh wakil daripada Cawangan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Baling yang memberi pendedahan penting berkaitan taktik-taktik penipuan scam yang semakin berleluasa. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari aspek kesihatan fizikal, malah turut memperkasakan peserta dengan ilmu pencegahan jenayah kewangan.

Gambar di sini