mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : Webinar FlourisHER – PCOS : Fakta & Cara Mengatasinya

Tarikh   : 08 April 2025

Masa    : 10.30 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Telah berjaya diadakan sebagai salah satu inisiatif NADI Kesejahteraan Kendiri untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan wanita, khususnya berkaitan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Program ini dianjurkan secara percuma dan terbuka kepada semua yang ingin memahami dengan lebih mendalam tentang keadaan ini, yang sering kali memberi kesan terhadap kesihatan reproduktif dan keseimbangan hormon wanita.

Aktiviti

Dalam sesi ini, peserta diberi pendedahan mengenai apakah itu PCOS, tanda-tanda yang perlu diberi perhatian, serta kesan jangka panjang terhadap kesihatan jika tidak dirawat. Selain itu, pakar juga berkongsi langkah-langkah pencegahan, rawatan yang tersedia, dan gaya hidup sihat yang boleh membantu menangani simptom-simptom PCOS secara berkesan.

Webinar ini memberi ruang kepada peserta untuk bertanya soalan secara langsung kepada penceramah dan mendapat maklumat yang sahih serta praktikal. Diharapkan melalui program ini, lebih ramai wanita dapat mengenali tubuh mereka dengan lebih baik serta mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan reproduktif dan keseluruhan.

Gambar di sini