mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : Webinar FlourisHER – Pembedahan Kanser Payudara : Apa Yang Wanita Selalu Salah Faham?

Tarikh   : 15 April 2025

Masa    : 10.30 – 11.15 am

Tempat : NADI Merbau Pulas (Live dari Studio NADI Mahir)

Peserta : Wanita

Tujuan

Bertujuan untuk memberikan pendedahan yang tepat dan jelas kepada wanita mengenai realiti pembedahan kanser payudara. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya saringan awal, memberi keyakinan kepada wanita dalam membuat keputusan rawatan, serta menyentuh aspek emosi dan psikologi yang berkait rapat dengan pengalaman menghadapi kanser.

Aktiviti

Webinar FlourisHER anjuran NADI X Wellbeing ini memberi fokus kepada topik penting berkaitan kesihatan wanita, iaitu pembedahan kanser payudara. Dalam sesi ini, para peserta didedahkan kepada fakta sebenar mengenai rawatan pembedahan untuk kanser payudara, serta membetulkan salah faham umum yang sering timbul dalam kalangan wanita berkaitan prosedur tersebut. Webinar ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat terus daripada pakar dalam suasana yang santai dan interaktif. Dengan maklumat yang sahih dan pendekatan yang menyokong, webinar ini diharap dapat membantu wanita memahami bahawa rawatan, termasuk pembedahan, bukanlah pengakhiran, tetapi satu langkah ke arah pemulihan. Melalui sesi ini, diharapkan wanita lebih bersedia, berpengetahuan, dan yakin untuk membuat keputusan yang tepat jika berdepan dengan situasi berkaitan.

Gambar di sini