Tarikh : 12 Februari 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan aplikasi Canva seperti fungsi dan kelebihannya.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan ringkas mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi Canva seperti fungsi Animate, Transparency, Position dan lain-lain lagi dan petugas juga menerangkan cara untuk menggunakan fungsi-fungsi tersebut supaya peserta dapat menggunakannya dengan kreatif ketika menghasilkan poster. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara untuk memilih jenis dokumen yang sesuai berdasarkan poster yang dihasilkan seperti dalam bentuk jpg atau mp4 sebelum download ke dalam fail. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas.