Tarikh : 11 Ogos 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menanamkan semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap murid dan juga untuk menghayati pengorbanan pejuang kemerdekaan.
Aktiviti
Pada awal sesi permulaan kelas, petugas memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai kemerdekaan Malaysia kepada para peserta seperti maksud warna pada Jalur Gemilang, pencipta Jalur Gemilang, dan lain-lain lagi. Kemudian, para peserta diminta untuk menghasilkan poster bertemakan Hari Kemerdekaan mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang ditetapkan.