mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Kelas Canva – Poster Merdeka

Tarikh   : 11 Ogos 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menanamkan semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap murid dan juga untuk menghayati pengorbanan pejuang kemerdekaan.

Aktiviti

Pada awal sesi permulaan kelas, petugas memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai kemerdekaan Malaysia kepada para peserta seperti maksud warna pada Jalur Gemilang, pencipta Jalur Gemilang, dan lain-lain lagi. Kemudian, para peserta diminta untuk menghasilkan poster bertemakan Hari Kemerdekaan mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang ditetapkan.

Galeri Foto