Tarikh : 09 November 2023
Masa : 10:00 am – 12:00 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Tadika Permata Jannati, Padang Meha
Tujuan
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran tentang penderitaan rakyat Palestin dan meningkatkan kemahiran ICT dikalangan kanak-kanak.
Aktiviti
Antara aktivitinya ialah pelajar mewarna online Masjid Al Aqsa sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin. Selain itu, aktiviti lain ialah Jigsaw Puzzle bertemakan free Palestin. Kuiz Kahoot juga turut dijalankan dan permainan pendidikan lain.