Tarikh : 05 Ogos 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta diperkenalkan dengan permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle yang bergambar jalur gemilang atau bendera Malaysia.
Aktiviti
Pada awal sesi kelas ini petugas meminta peserta melayari dan membuka permainan di dalam aplikasi dan meminta peserta memilih permainan berbentuk puzzle yang bergambar Jalur Gemilang atau bendera Malaysia. Permainan ini adalah salah satu contoh ICT berbentuk e-pembelajaran atau pendidikan yang mana pelajar akan dapat berfikir di luar kotak pemikiran untuk meyelesaikan susunan betul puzzle tersebut mengikut gambar Jalur Gemilang tersebut. Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar terlebih dahulu bagaimana cara untuk mengambil dan menyusun di ruang kotak yang disediakan tersebut. Setelah itu, peserta perlu menyiapkan sendiri permainan tersebut disamping pemantauan daripada petugas.