mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Kelas E-Learning – Mewarna dan Scan 3D

Tarikh   : 17 Jun 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk mencungkil bakat para peserta dan juga membimbing para peserta menggunakan tablet ketika aktiviti dijalankan.

Aktiviti

Para peserta perlu mewarna gambar yang telah dicetak oleh petugas terlebih dahulu. Kemudian pelajar perlu scan bar code yang terdapat pada kertas mewarna tersebut dengan menggunakan tablet yang disediakan oleh PEDi Merbau Pulas. Selepas siap scan, animasi 3D yang bergerak akan dipaparkan pada tablet tersebut.