mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Kelas Komputer – Asas Menaip Kanak-kanak

Tarikh   : 15 Disember 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta untuk mengetahui fungsi-fungsi dan kegunaan yang terdapat dalam Microsoft Word.

Aktiviti

Pada awal sesi permulaan kelas, petugas menerangkan mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Word. Contohnya, melalui kelas ini peserta mempelajari cara menggunakan fungsi shape, cara menaip perkataan di dalam shape, cara menukar font dan saiz tulisan dan lain-lain lagi. Kemudian, peserta diminta untuk menghasilkan Family Tree/carta keluarga mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan dari petugas. Bukan itu sahaja, kelas ini juga dapat melatih peserta supaya lebih mahir menaip dengan menggunakan papan kekunci/keyboard.

Galeri Foto