mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Kelas Komputer – Hasilkan Gambar Passport

Tarikh   : 20 Disember 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara untuk menghasilkan gambar passport dengan menggunakan aplikasi dari laman web.

Aktiviti

Pada permulaan sesi kelas, peserta diminta untuk mencari dan muat turun sekeping gambar idola atau artis kegemaran melalui carian di Google. Kemudian, petugas membimbing peserta mengedit untuk membuang latar belakang gambar yang telah di muat turun tersebut sebelum gambar tersebut akan di muat naik di laman web idphoto4u. Kelas ini diadakan ketika cuti sekolah berlangsung bagi mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Manfaatnya lain ialah peserta mengetahui cara-cara untuk menghasilkannya dengan cara yang lebih mudah dengan hanya menggunakan laman web sahaja.

Galeri Foto