mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Kelas Komputer (Microsoft Excel) – Cara Masukkan Data ke Dalam Jadual

Tarikh   : 06 Oktober 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Excel bagi tujuan pembelajaran seterusnya dapat memberi pendedahan kepada mereka mengenai setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel seperti fungsi Autosum

Aktiviti

Dalam kelas ini, peserta diajar mengenai setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel seperti cara mengenali lajur dan baris, cara masukkan data atau maklumat dalam kotak untuk menghasilkan jadual, cara untuk mengira jumlah terkumpul atau jumlah kumulatif dengan menggunakan fungsi sum, cara untuk ‘highlight’ baris atau ‘row’ dan juga ‘column’ serta cara untuk ‘highlight’ semua kerja yang dilakukan untuk membuat sesuatu formula atau pengemaskinian, cara untuk hasilkan jadual yang lengkap dan kemas, dan juga cara untuk save ataupun menyimpan dokumen tersebut di File. Kelas ini melibatkan 10 orang peserta iaitu pelajar sekolah rendah yang terdiri dari 2 peserta lelaki dan 8 peserta perempuan.  Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas. 

Galeri Foto