Tarikh : 13 Januari 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk membimbing peserta mengenali dan mempelajari cara penggunaan asas Microsoft Powerpoint seperti belajar masukkan gambar dari ‘Google’ ke dalam slide, cara untuk memilih slide/tema, cara masukkan animations dan transitions, dan lain-lain lagi.
Aktiviti
Pada awal sesi kelas, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai Microsoft PowerPoint seperti perbezaan antara Microsoft PowerPoint dengan dengan Microsoft Word dan Microsoft Excel. Kemudian, peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan slide bertemakan idola ataupun animasi kegemaran yang memberikan impak positif kepada peminat. Antara animasi kegamaran yang peserta hasilkan ialah Upin dan Ipin, Silat Lagenda, BoBoiBoy dan lain-lain lagi.