Tarikh : 02 Disember 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk membimbing peserta mengenali dan mempelajari cara penggunaan asas di Microsoft Powerpoint.
Aktiviti
Antara perkara yang dapat dipelajari oleh peserta seperti belajar masukkan gambar dari ‘Google’ ke dalam slide, cara untuk memilih slide/tema, cara untuk membuat salinan slide (duplicate slide), cara masukkan animations dan transitions, dan lain-lain lagi. Pada awal sesi kelas, petugas menayangkan video berkaitan magnet seperti sifat, jenis, bentuk, fungsinya dan lain-lain lagi. Kemudian, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai cara untuk menghasilkan slide mengenai magnet dan peserta perlu menghasilkannya mengikut kreativiti masing-masing. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas bagi menguji tahap kefahaman peserta mengenai Magnet.