Tarikh : 07 Oktober 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing pelajar belajar menaip menggunakan Microsoft Word dan juga untuk mendedahkan kepada mereka mengenai setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Word
Aktiviti
Dalam kelas Microsoft Word kali ini, petugas memberi penerangan ringkas mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada software Microsoft Word seperti cara untuk menukar font dan saiz tulisan, cara untuk tukar warna pada perkataan, dan lain-lain lagi. Selain itu, kelas ini juga membantu pelajar supaya lebih memahami dan mengetahui asas dalam menggunakan Microsoft Word. Antara kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah pelajar mendapat pengetahuan tentang cara yang betul untuk menaip dan pelajar boleh membiasakan jari mereka dengan papan kekunci apabila hendak menaip. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas.