Tarikh : 16 Jun 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi bimbingan kepada peserta yang hadir mengenai cara-cara untuk menghasilkan Buku Skrap dengan menggunakan Microsoft Word mengikut kreativiti masing-masing bertemakan Stem.
Aktiviti
Pada awal sesi permulaan kelas, petugas menerangkan mengenai apa itu Buku Skrap, kelebihan, dan juga cara penghasilannya kepada para peserta. Kemudian, para peserta diminta menghasilkan Buku Skrap mengikut kreativiti masing-masing bertemakan Stem. Pelajar juga mempelajari cara untuk download gambar dari Google, cara untuk edit tulisan dan saiz tulisan, cara untuk masukkan gambar ke dalam dokumen tersebut dan lain-lain lagi.